Wednesday, April 21, 2010

mencari sebuah kehidupan..




aku tabah , aku tidak mengalah,
aku rebah, merintangi masalah,

aku adalah insan yang istimewa,
bukan kerana aku kurang upaya,

dugaan yang melanda,
membuat aku tidak terdaya,

dunia ini adalah tempat belajarku,
pengalaman adalah sekolahku,
kesilapan adalah pengajaranku,

aku mengerti semua itu,
namun , aku menjadi buntu,

aku bersyukur dengan kurniaan Tuhan,
menjadikan aku lengkap tubuh badan,

aku juga mempunyai hati dan perasaan,
dugaan ini membuat aku merasakan tiada harapan,

aku malu dengan kebodahan ku..
ditambah dengan kehodohan ku..

namun bagi aku ini tidak menjadi alasan,
untuk aku terus mencapai impian,

aku berjanji mulai saat ini,
aku akan mengubah segala takdir ini,

kekasih dan sahabat
menjadi tempat luahan ,
tanpa mereka aku mungkin tidak bertahan,
kebaikan mereka tiada tandingan..

aku mula dengan hidup baru..
dengan suasana baru..
dengan cara baru..
dengan fikiran baru..

dengan harapan..
mencari sebuah kehidupan....


No comments:

Post a Comment